Friday, June 24, 2011

Pintu-pintu Yang Dimasuki Syaitan Dalam Tubuh Manusia




Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima’I lil Islam. Menyatakan bahawa pintu-pintu yang dimasuki syaitan dalam tubuh manusia ialah :

  1. Tamak dan jahat sangka - menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada sesudah berusaha dan berikhtiar.

  2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan - hadapinya dengan rasa takut dengan kedatangan mati yang tiba-tiba.

  3. Cintakan kerehatan dan nikmat - hadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.


  4. Kagum pada diri sendiri (ujub) - hadapi dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

  5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka - hadapinya dengan cara mengetahui hak dan kehormatan mereka.

  6. Hasad dengki - hadapinya dengan sifat qanaah (iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.

  7. Riak dan sukakan pujian manusia - hadapinya dengan sifat ikhlas.

  8. Kedekut atau bakhil - hadapinya dengan meyakini bahawa apa yang di tangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.

  9. Takbur atau sombong - hadapinya dengan sifat tawaduk.

  10. Tamak - hadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia laen

sumber : blog ustaz nor amin

No comments: