Tuesday, April 5, 2011

MaNuSia,MaLaiKat,SyaitaN



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - baru pukul berapa.. rilex lah...awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah!

Manusia - aku telah berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh? letihnya arini...tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu....
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

setelah membaca entry ini :
1. Anda - Patutke aku panjangkan entry nie
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

* alamak! macam banyak kata setan jek yang aku ikot! sob...sob... Zaman sekarang nie, kalau ade seseorang yang menegur tentang kesalahan seorang Muslim yang lain, mungkin dia akan dimaki, dicaci dan dihina lebih teruk dari yang membuat kesalahan yang memang terang² salah. Memang xsemua yang akan suka dengan nasihat dan teguran. Lebih² lagi yang berunsur islamic. Mungkin akan dikatakan poyo, tunjuk baek, ckp macam dia bagus sgt etc. Apa yang penting nawaitu dan buat sesuatu kerana apa. adakah kerana hendak dipandang mulia/ nak dapat pujian/ sokongan/ pujaan manusia? atau semata² untuk mencari keredhaan Allah? Semoga kita lebih takutkan Allah daripada takutkan makian dan cacian manusia. Berterima kasih lah pada mereka yang telah menasihati kita kerana sesungguhnya mereka lah yang telah menarik tangan kita dari terus terjerumus ke dalam api neraka. Nauzubillah...Renung²kan dan selamat beramal...

~sampaikanlah daripadaku, walau sepotong ayat. hadis riwayat Bukhari dan Muslim~

2 comments:

rose said...

hyep misz ein..=)
entry ni sgt berguna..
bleh x nak copy?

MiSz eiN said...

rose: boley². ambik la. :)