Friday, March 4, 2011

Friday SpeCiaL

Macam biasa, sempena hari jumaat i akan ajak u ols berkongsi tentang islamic skit. bukan nak berdakwah.Manelah i layak kan. Perangai pon kadang² macam syaitonirrojim! haha. Cume nak cari keredhaan Allah sama² :)


Jom kita berkenalan dengan Seorang Ustaz iaitu Ustaz Dzul Karnain hamzah Al-Hafiz. Beliau seorang Tahfiz rupanya. Patut pon sedap sangat bacaan Yaasin dan zikrullah dari beliau kat Astro Oasis kan. Kalau kita dengar bacaan yaasin beliau tiap malam jumaat sambil menghayati tafsir yang dipaparkan di skrin tv pasti sayu je hati. Kadang rase sebak macam nak menangis pn ade. Betapa meresapnye bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang beliau bacakan.

Setiap kali mendengar bacaan beliau sambil memahami dan menghayati maksud tiap baris ayat Yaasin yang dibacakan, pasti diri mane² hamba pon akan tersentak. dan menyedari betapa diri telah leka dengan keasyikan dunia sehingga melupakan tujuan asal kita dijadikan ke dunia ini. Kita sering risau, resah dan gelisah dengan pelbagai cabaran dan dugaan dunia yang melanda diri kita. Tetapi sebaliknya kita sering terlupa ada sesuatu yang lebih perlu kita runsingkan. Iaitu amal ibadat kita. Adakah ia diterima. Adakah ianya telah cukup menjadi bekalan kita pabila kita dipanggil mengadap Illahi. Ya Allah...betapa Hamba-Mu ini terlalu mementingkan duniawi...

Jom kita fahami antara ayat yang dibacakan :

[47]
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.

[48]
Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”,

[49]
Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).

[50]
Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.

[51]
Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.

[52]
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): ” Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,

[53]
Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

[54]
Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.

[55]
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;
[56]
Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;

[57]
Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;

[58]
(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

[59]
Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): “Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).

[60]
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

[61]
“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

[62]
“Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

[63]
“Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).

[64]
“Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!”

[65]
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

[66]
(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?

[67]
(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.

[68]
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?

[terjemahan ayat 47-68]



Jika ditanya Siapa yang nak Masuk Neraka? Pasti takkan ada seorangpun dari kita yang mahu ke Neraka. Tetapi kenapa semua perbuatan kita sering menghala ke arahnya. Tanpa kita sedari, Syaitan memang wujud walaupon tidak nampak. Ia ada walaupun tiada. Yang tiap masa berbisik ke telinga kita supaya kita terus leka dan alpa sehingga hari yang dijanjikan. Hanya Hati² yang benar² tegar sahaja akan sering berada di landasan sepatutnya. Kerana kita hanya manusia biasa.Bukan MAKSUM(bebas dari dosa). dan kerana itulah kita sering tersasar dari landasan-Nya. Namun, e2 bukanlah satu alasan untuk sering tersasar. Nauzubillah... Semoga Allah menganpunkan dosa² kita semua. dan Akhirkan umur kita dengan kesudahan yang Baek.Amin...Ya Rabbal Alamin.


* semoga apa yang ku tulis memberi sedikit manfaat kepada yang membacanya.

6 comments:

axie said...

TQ cik ein 4 the info

-Sara- said...

sara pn suke ngn ustat dzulkarnain ni..suare die ngaji mmg sedap gile! :)

MiSz eiN said...

azie: :)

MiSz eiN said...

sara: besh kan sara
xpe nnt syaqir pn bley ngaji sedap
insha-allah
:)

Fazila said...

suka terjah blog ein... salam kenal dr akak :)

MiSz eiN said...

fazila: oh ye ke ade silent reader. tq kak ;)