Friday, March 11, 2011

Friday SpeCiaL : Tanda-tanda Husn al-Khatimah

Mati dalam iman menjadi impian dan harapan setiap Muslim. husn al-khatimah (kesudahan yang baek) perlu diusahakan dari awal usia kerana mati itu datng tiba-tiba. Usahakan agar biografi hidup kita tamat dengan "happy ending".

Kenali tanda-tanda Husn al-Khatimah diantaranya :


1. Diakhiri dengan lafaz syahadah

daripada Mu'az r.a bersabda Rasulullah s.w yang bermaksud : "sesiapa yang ada pada akhir kalimatnya mengucapkan la ilaha illallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga".

(riwayat Abu Daud dan al-Hakim)


2. Dahinya Berkeringat

Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata : "allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Matinya seorang Mukmin adalah dengan berkeringat dahinya."

(riwayat Ahmad, al-Nasa'i, al-Tirmizi, Ibn Majah dan lain-lain)


3. Mati pada hari Jumaat atau Malam Jumaat.

Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada malam Jumaat dan hari Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya daripada seksa kubur. "

(riwayat Ahmad)


4. Mati dalam keadaan sedang melakukan ibadah

ketika sedang solat, puasa, umrah, haji atau berjihad.



5. Pujian daripada orang Islam

Apabila seseorang Muslim meninggal dunia, semua yang mendengarnya hanya berbicara tentang kebaikan si mati sepanjang hidupnya.



Sumber : Majalah Solusi - Panduan Hidup Bersyariat { yang i beli semalam :) }


2 comments:

axie said...

TQ for the info cik ein

MiSz eiN said...

hehe
ayat laen xdek ke
:p