Friday, March 18, 2011

Friday SpeCiaL : MeLeBuR TaKaBbuR



"Serulah ke jalan TuhanMu dengan kebijaksanaan dan nasihat (peringatan) yang baik." [an-Nahl: 125]

Hakikat Takabbur dan bahayanya....

Sinonim bagi Takabbur = membesar diri, meninggi diri, merasa megah dengan diri sendiri dan memandang rendah manusia lain

ketahuilah, bahwasanya sifat takabbur itu terbahagi dua:

1. Takabbur batin, iaitu pekerti diri yang digerakkan oleh hati.
2. Takabbur lahir, iaitu gerak-geri badan yang ditimbulkan oleh anggota.

Gerak-geri yang dihasilkan oleh anggota badan kita amatlah banyak sekali sehingga sukar untuk dihitung. Bahayanya pun besar dan risikonya amat menakutkan. Mana tidak nya, kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya memendam sebesar biji sawi sifat sombong"

Hanya kerana takabbur, kita akan dijauhkan dari Syurga Allah. Biarpun sekecil, seringan zarah (biji sawi), kita tidak layak untuk masuk ke syurga. Masyallah...

Ciri-ciri :

1. Seorang yang takabbur tidak akan mencintai kaum Mu'minin sebagaimana mencintai dirinya sendiri.

2. Ia tidak akan merendah diri, sedang sifat tawadhu' dan merendah diri itu akar atau basis kepada segala akhlak dan budi pekerti kaum Muttaqin (orang yang bertakwa kepada Allah S.W.T)

3. Ia tidak akan menjauhi sifat perasaan dendam melampau

4. Ia tidak akan selalu bercakap benar

5. Ia tidak akan menjauhi sifat suka marah malah ia tidak akan menahan kemarahannya bila perlu

6. Ia tidak akan menjauhi sifat hasad dengki

7. Ia tidak senang mendengar nasihat yang baik, malah tidak mahu menerima nasihat sama sekali

8. Memang menjadi sifatnya suka mengumpat dan mengejek-ejek orang lain.

Peringatan buat diri ini dan teman-teman sekalian, sifat takabbur itulah yang akan menjadi tabir atau penghalang antara seorang hamba dengan syurga. Sukar bagi seseorang itu untuk memasuki syurga, selagi di dalam hatinya memendam sifat takabbur, meskipun sekadar biji sawi sekalipun. Seterusnya, seburuk-buruk sifat takabbur itu ialah orang yang tidak mahu mengambil sesuatu manfaat dari sesuatu ilmu pengetahuan, tidak mahu menerima kebenaran atau tunduk kepada kebenaran.

Punca sifat takabbur ini tiada lain melainkan menganggap orang lain lebih rendah dari dirinya sendiri. Memandang hina dan memperkecilkan orang dalam pandangannya. (pernah tak kita fikir dan beranggapan mcm tu? astagfirullahala'zim)

Imam Ghazali telah m'beri beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mngetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupn kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya

(baru tersedar, astaghfirullahala'zim..hinanya diri ini)

Teman2 ku sekalian, bacalah pesanan ini, kajilah pesanan ini, hayatilah pesanan ini, sampaikanlah pesanan ini, dan amalkanlah pesanan ini. Bak kata Imam Ghazali,

"Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang sia- sia"

Ketahuilah bahawa kedudukan ilmu dalam Islam sangatlah penting. Menuntut ilmu itu penting, sama juga menyampaikannya dan berkongsi mengenainya. Rasulullah saw., bersabda:

"Sesungguhnya Allah swt., para malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi hingga semut dalam tanah, serta ikan di lautan benar-benar mendoakan bagi pengajar kebaikan" (HR. Tirmidzi)




Takabbur sebenarnya adalah hak mutlak dan eksklusif Allah s.w.t. Tiada sesiapa pun yg boleh mencabarNya.
Amaran Allah - orang yg takabbur pasti lebur!



* Nauzubillah. semoga kita semua dijauhkan dari bersifat takabbur

No comments: