Friday, January 21, 2011

PeNawaR

Siapa yang bersalah, jika dia menyepi
Kerana sering ditegur kekurangannya...

Mungkin kita manusia, yang memang gemar mengeji

Atau tuhan ada sebabnya...

Siapa tak kecewa, jika harus memencil

Kerana selalu saja dipersenda...

Biarpun diri tak sempurna

Tapi masih memiliki perasaan
Bisa terdaya membeza-bezakan
Antara lembutnya, bayu dan air
Kasih sayang dan tangisan yang mengalir...

Tolong, tolonglah si dia ini

Dengan menghampirinya
Kerana dia sebahagianmu

Oh tolong, tolonglah insan ini

Yang memerlukan cinta
Sebagai penawar
Merawati lukanya...






Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.


Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.


Pak Majid: Hmmmmm...(jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je)


Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid?


Pak Majid: Hmmmmmmm... (sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya)


Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.


Pak Majid: Hmmmm...Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu...


Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!


Pak Majid: Hoii...Engkau sedar tak sekarang ni kita berada di mana? Sedarlah Abu...Kita sekarang di RUMAH ORANG-ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!


Pak Abu: ...........



No comments: