Friday, January 8, 2010

Tazkirah jumaat ;)

Sabda Nabi SAW di dalam hadith yang berbunyi:

Daripada Ubadah bin as-Samit r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:" Sesiapa yang mengerjakan satu solat yang ia tidak membawa padanya Fathatul Kitab ( Pembuka Kitab ) iaitu surah al-Fatihah maka solat itu kurang dan tidak sempurna."
Hadith riwayat Muslim & Abu 'Uwanah

Huraian:

Membaca surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada 13 rukun solat. Surah ini mestilah dibaca dengan makhraj ( Tajwid ) yang betul. Barulah hati akan mengikuti dan memahami maksud setiap kalimah yang dilafazkan.
Sebagai contoh, apabila dibaca ayat ke -4 di dalam surah ini bermaksud:"Tuhan yang memiliki hari Akhirat." Maka tergambar segala rasa kekalutan. kesibukan serta kehuruharaan manusia yang bersesak-bersesak di Padang Mahsyar ketika berlakunya hari Kiamat. Terasa akan kekerdilan dan kelemahan diri di sisi Allah SWT. Apabila membaca ayat ke-5 dari surah yang sama yang bermaksud: "Engkaulah yang ku sembah dan Engkaulah tempatku bermohon". Ini bermakna kita telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukan menjadi penyembah kepada hawa nafsu atau selainnya. Kesimpulannya, membaca surah al-Fatihah di dalam solat adalah WAJIB. Ia tidak bolah dipandang ringan kerana dengan bacaan tersebut dapat melahirkan rasa insaf sekaligus menjamin kita daripada kelalaian di dalam solat.

Sekian untuk renungan bersama & selamat beramal..................

No comments: